faq hubungi maklumbalas peta

 

  

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)

    Ketua Bahagian/Unit      :   YM Dato' Dr Tengku  Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal

    Telefon                               :   09-7443333 ( 1101 )

     Faks                                   :   09-7443411

     Emel                                  :   upen@kelantan.gov.my

PENUBUHAN UPEN

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Persekutuan. Penubuhan Unit ini adalah bagi memastikan kecekapan perancangan, pengurusan dan penyediaan pembangunan di peringkat Negeri.

Secara khususnya penubuhan ini adalah untuk mempertingkatkan aktiviti merancang, menilai dan menyelaras program-program pembangunan terutamanya hal-hal berhubung sosio-ekonomi supaya negeri ini mempunyai rancangan teratur dan boleh dilaksanakan dengan sempurna sejajar pelan strategik ini akan mewujudkan hala tuju penting sistem pengurusan UPEN ke arah yang lebih berkesan dan lestari menjelang 2020.

VISI UPEN
"Kearah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang unggul menjelang 2020."


MISI UPEN

"Merancang dan menyelaras pembangunan ekonomi negeri Kelantan secara efisyen."


OBJEKTIF UPEN

Merangka dan menyelaras perancangan pembangunan sosia ekonomi negeri berasaskan aspirasi rakyat dan dasar Kerajan bagi mencapai peningkatan taraf sosial ekonomi yang mampan.

Image

Bahagian Makro

  • Menyediakan dan menggubal dasar dan rancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal negeri.
  • Memantau perlaksanaan rancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikan negeri .
  • Menyediakan rancangan pembangunan 5 tahun Malaysia bagiNegeri Kelantan sertakajian "rolling plan".
  • Mengurus penyediaan unjuran-unjuran mengenai aspek-aspek ekonomi, kependudukan, pertumbuhan, guna tenaga dan isu-isu pembangunan ekonomi keseluruhannya
  • Merancang dan menyelaras pelaburan negeri dan memproses permohonan pelaburan sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan.

  

Bahagian Sektoral

  • Merangka strategi-strategi, program-program bagi pertanian, perlancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrustuktur dan kemudahan awam.
  • Pengecaman projek-projek, program-program selaras dengan strategi-strategi bagi pertanian, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Memantau dan menilai projek-projek yang akan dan telah dilaksanakan selaras dengan strategi-strategi pembangunan sektoral.

  

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan

  • Pengurusan Pentadbiran,Organisasi,Awam serta meningkatkan sistem pembudayaan kualiti.
  • Pemantauan dan Penilaian bagi keberkesanan Dasar, Strategi, Program dan Projek Semasa
  • Penyelidikan dan Penyediaan Statistik Maklumat, Unjuran ekonomi, laporan-laporan berkala serta kajian -kajian sosio ekonomi, sains dan teknologi
  • Menyediakan Kertas-Kertas MMK dalam masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa berkenaan.
  • Memproses permohonan projek-projek pelaburan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan didaftarkan.
  • Menerbitkan laporan berkala (dwi tahunan) dan laporan tahunan Negeri Kelantan dalam masa yang ditetapkan sebelum Jun tahun berikutnya.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini711
Semalam882
Minggu ini6079
Bulan ini7095
Jumlah261505
7
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

 

  • Tarikh Kemaskini: Wednesday, 27 November 2019, 01:55:44.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Search