faq hubungi maklumbalas peta

 

  

BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

    Ketua Bahagian/Unit  :  YBrs. En. Nik Rahimin bin Wan Hussin ( Gred N52 )
                                                  Pengarah

    Telefon                              :   09-7481957 (6131)

     Faks                                  :   09-7430504

     Emel                                 :   bptm@kelantan.gov.my

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat sebelum ini dikenali sebagai Pusat Maklumat Negeri yang telah ditubuhkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 13/95 yang bersidang pada 2 Ogos 1995 dan diletakkan di bawah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). 

Walau bagaimanapun setelah penstrukturan semula organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui Surat Kelulusan Perjawatan Bil. N 120 Tahun 2007 oleh Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2007.  

Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah yang mulai diisi pada 1 Februari 2009. Di bawah Bahagian ini terdapat dua (2) unit iaitu Unit Pembangunan dan Unit Operasi. Unit Pembangunan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 dan mulai diisi pada 28 Oktober 2008 manakala Unit Operasi diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 dan pengisian telah dibuat pada 01 Julai 2014.

 

VISI

ICT Peneraju Transformasi Penyampaian Perkhidmatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri

 

MISI

Memperkukuhkan ICT secara holistik bagi memantapkan kualiti perkhidmatanyang dinamik dan inovatif.

Image
Secara ringkasnya, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam perancangan dan pembangunan Sistem Maklumat, Pengurusan dan Pentadbiran ICT dan Pengurusan  Server , Pengkalan Data dan Rangkaian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam Pengurusan Sistem dan Aplikasi Komputer, Keselamatan Sistem Maklumat Kerajaan dan Pemantauan Projek-projek ICT. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan program latihan dan Pembudayaan ICT bagi warga perkhidmatan awam Negeri Kelantan. Mengadakan jalinan strategik ( Strategik Linkages ) ICT dengan Agensi Pusat seperti MAMPU, MDEC dan lain-lain lagi juga menjadi sebahagian tanggungjawab bahagian ini. Selain itu juga, Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan Konsultansi, Khidmat Nasihat ICT,Perkhidmdtan RTV Kelantan dan sokongan Teknikal ICT kepada Bahagian/unit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Image
  • Penambahbaikan ke atas sistem aplikasi yang dibangunkan dibuat dalam tempoh selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima. ( E-Aduan )
  • Mengambil tindakan terhadap aduan masalah capaian rangkaian di bawah kawalan BPTM dan kerosakan peralatan ICT di semua Bahagian / Unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima.
  • Memuat naik maklumat Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan (http://www.kelantan.gov.my) dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh maklumat diterima.
  • Pendaftaran “sub-domain” dan “hosting” dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan diterima.
  • Pendaftaran akaun e-mel rasmi (http://webmail.kelantan.gov.my) dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan diterima.
  • Melaksanakan kursus/bengkel/taklimat berkaitan ICT kepada pegawai dan kakitangan Bahagian / Unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri sekurang kurangnya sekali dalam masa (2) dua bulan. 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini98
Semalam1059
Minggu ini2375
Bulan ini12834
Jumlah235988
11
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

 

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 05 November 2019, 10:25:29.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Search