BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
Ketua Bahagian/Unit : YBrs. En. Hj Ahmad Adlee Bin Yasin
Ketua Penolong Setiausaha
Telefon : 09-7441800 ( )
Faks : 09-7470486
Emel : mmk[at]kelantan.gov.my / ahmadadlee[at]kelantan.gov.my
Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengandungi Unit Urusetia AMMK, Unit Khidmat Pengurusan, Unit Dewan Negeri dan Unit Teknologi Maklumat. Bahagian ini ditempatkan di Blok 1 Kota Darulnaim bersama Pejabat YAB Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar. Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan penggubalan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri. Jesteru itu, fungsi dan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan. Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu komponen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
MISI
Menjadi sebuah organisasi kerajaan yang mantap, cekap, bermaklumat dan berintegriti berteraskan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.
VISI
Berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai urusetia kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan penuh tanggungjawab dan dinamik.
PERANAN(FUNGSI TERAS)
Mengurus dan menyelia Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Mesyuarat Exco)
- Penyediaan kertas kerja exco
- Penyediaan Minit Mesyuarat dan Agenda Mesyuarat Exco
- Penyediaan Maklumbalas terhadap keputusan exco
Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Kelantan
Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara
Mengurus Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri
- Mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan
- Menguruskan tuntutan perjalanan Ahli Dewan Undangan Negeri
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN / DEWAN NEGERI KELANTAN
Insyaallah Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan / Dewan Negeri Kelantan berjanji akan menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan berlandaskan konsep Ubudiyah, Itqan dan Mas'uliyyah dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti dengan menjalankan kerja-kerja seperti berikut :
- Memproses Kertas Kerja EXCO yang diterima dan diedarkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh 5(lima) hari bekerja.
- Menyiapkan laporan minit selepas Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta merta pada hari persidangan
- Menghantar keputusan Persidangan / Fail-Fail kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 3(tiga) hari bekerja.
- Memproses kelulusan permohonan di bawah peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh 5(lima) hari bekerja.
- Memproses pembayaran pencen dan ganjaran kepada bekas ADUN sebaik sahaja Dewan Negeri dibubarkan dalam masa 3(tiga) hari bekerja.
- Memproses permohonan pencen terbitan selepas menerima permohonan dalam tempoh 3(tiga) hari bekerja.
- Memproses Borang Tuntutan Perjalanan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam masa 4(empat) hari bekerja.