Rabu, 22 November 2017 [11:37:20AM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

Permohonan Pelaburan

 

GARIS PANDUAN

****************************************************************************

PERMOHONAN PELABURAN

****************************************************************************

NEGERI KELANTAN DARULNAIM

 

DI SEDIAKAN OLEH :


URUSETIA
PELABURAN NEGERI
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN
BLOK 6, TINGKAT 1, KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU
KELANTAN

 

No. Telefon: 09 – 7481957 EXT : 6015, 6018, 6020

No. Faks : 09–747 7116

E-Mail: pelaburan[at]kelantan.gov.my

PENYEDIAAN


****************************************************************************
KERTAS CADANGAN PROJEK-PROJEK PELABURAN

*****************************************************************************

 

1. PENDAHULUAN

1.1. Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim telah melaksanakan Program Pelaburan Di atas Tanah Kerajaan dan lain-lain untuk membantu pihak swasta melaksanakan projek-projek pelaburan. Mengikut prosedur yang telah diluluskan, semua permohonan pelaburan oleh Pihak swasta yang ingin melabur di Kelantan dikehendaki mendapat kelulusan dasar projek terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri. Permohonan kelulusan dasar tersebut hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Sehenti yang diurusetiakan oleh Urusetia Pelaburan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) yang bertindak sebagai “One Stop Agency”. Semua permohonan mendapat kelulusan dasar Kerajaan Negeri hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari UPEN. Borang permohonan yang telah dipenuhi dikemukakan ke UPEN bersama-sama kertas-kertas cadangan projek. Kertas Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan di dalam menyediakan kertas kerja berkenaan.


2. MAKLUMAT DALAM KERTAS KERJA

A. Butir-Butir Berkaitan Dengan Projek


2.1. Butir-butir perincian mengenai projek yang dicadangkan

• Objektif projek
• Konsep projek
• Komponen projek; dan
• Keluasan tanah mengikut komponen

2.2. Daya Maju (Viability)

• Unjuran kewangan bagi keseluruhan tempoh projek;
• Jadual Pelaksanaan projek
• Kos projek
• Pendapatan hasil mengikut komponen
• Sumber pembiayaan
• “Debt/Equity coverage”
• Pulangan modal; dan

• Analisa kewangan projek
- Tempoh bayaran balik
- Nilai kini bersih
- Kadar pulangan dalaman
- Analisis sensitivity

2.3. Pasaran

• Kumpulan sasaran
• Kedudukan pasaran sekarang
• Potensi pasaran masa hadapan
• Strategi pemasaran
• Campuran pasaran (Marketing Mix)
• “Volume Traded”
• Jangkaan persaingan

Nota :

Termasuk andaian-andaian yang digunakan dan juga kaji selidik pasaran yang telah dibuat untuk menyokong data-data yang digunakan.

 

B. Butiran – Butiran Berkaitan Dengan Syarikat Pemohon

2.4. Maklumat mengenai latar belakang syarikat :

• Tarikh ditubuhkan
• Taraf
• Modal dibenarkan
• Modal berbayar
• Pemegang saham
• Bidang yang diceburi; dan
• Projek-projek yang dijalankan


2.5. Kepakaran Pengurusan

• Kepentingan pemegang-pemegang saham
• Lembaga pengarah syarikat
• Pengurusan
• Kakitangan
• Carta organisasi
• Pengalaman dan kepakaran di dalam bidang pengurusan, pengeluaran dan pemasaran

 

C. Butiran – Butiran Berkaitan Dengan Tapak Projek

2.6. Keadaan Fizikal Tapak :
• Keluasan
• Kedudukan Mukabumi dan persekitaran; dan
• Kesesuaian tapak dengan projek yang dicadangkan

2.7. Perancangan Projek Dengan Tapak :
• Pemuliharaan alam sekitar
• Kerja tanah; dan
• Pelan susunatur

2.8. Keperluan Kepada Infrastruktur :
• Jalan
• Bekalan air
• Bekalan elektrik ; dan
• Telekomunikasi

 

D. Faedah Yang Dicadangkan Kepada :
a) Kerajaan Negeri

Contohnya :
• Hasil daripada premium / penjualan tanah;
• Sewa pajak
• Pemegangan ekuiti
• Pembinaan kemudahan awam tanpa melibatkan perbelanjaan daripada Pihak Kerajaan
• Lain-lain yang sesuai yg dicadangkan samada oleh Kerajaan atau Syarikat

Contohnya : “Build – Operate – Transfer Scheme”

b) Pengguna / Orang Awam
Contohnya :

• Pewujudan kemudahan awam yang diperlukan
• Harga yang berpatutan
• Diskaun
• Mewujudkan peluang pekerjaan; dan
• Kesan positif dan negatif dari aspek sosial

c) Pekerjaan
Contohnya:

• Gaji yang lebih lumayan ; dan
• Kepakaran Tertentu; dan
• Pewujudan peluang pekerjaan mahir/separa mahir dan lain-lain
• Komposisi pekerjaan kepada rakyat tempatan

d) Syarikat
Contohnya :

• Pulangan kepada pemegang saham ; dan
• Dasar Dividen

e) Alam Sekitar
Contohnya:

• Pencemaran alam sekitar ; dan
• Perubahan bentuk mukabumi
• Ganguan kepada awam

 

E. Komitmen Terhadap Projek

2.9. Satu perkara yang sangat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek pelaburan di atas ialah kemampuan syarikat pemaju untuk melaksana dan menyiapkan projek seperti yang ditetapkan / dijanjikan. Kerajaan Negeri tidak mahu berlaku keadaan di mana projek yang diluluskan menjadi terbengkalai atau tidak dilaksanakan. Dalam kertas cadangan perlu dinyatakan kesungguhan serta jaminan syarikat untuk menyiapkan projek berkenaan dan hendaklah diadakan peruntukan tertentu seperti :

• Peruntukan penalti / denda jika projek tidak disiapkan atau beropersi pada tarikh yang ditetapkan.
• Peruntukan penalti/denda kerana lambat menyiapkan projek
• Syarikat berkenaan mempunyai ekuiti yang agak besar di dalam melaksanakan projek berkenaan ; dan
• Peruntukan yang dapat menjamin mutu dan tahap perkhidmatan di sepanjang masa.
• Syarikat menyerah balik tanah atau projek yang dipohon tanpa apa-apa kos kepada Kerajaan Negeri.

2.10. Lain-lain yang dapat menjamin kejayaan / daya maju projek, umpamanya :

• Insentif
• Kemudahan asas
• Taraf perintis
• Promosi
• Konsesi khas ; dan
• Perjanjian

 

3. PENUTUP

3.1. Bakal pelabur bertanggungjawab terhadap “out – of – pocket expenses” yang dibuat di dalam proses permohonan dan pelaksanaan projek termasuk bayaran perlantikan pakar-pakar perunding seperti di dalam bidang teknikal, undang-undang, dan lain-lain jika Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah perlu untuk mempastikan kajian yang menyeluruh.

PERMOHONAN LENGKAP (SOFT COPY dan HARD COPY 15 Salinan) DIHANTAR KE:

URUSETIA
PELABURAN NEGERI
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN
BLOK 6, TINGKAT 1, KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU
KELANTAN

NO. TEL: 09 –7481957 EXT: 6015, 6018, 6020
NO. FAX: 09 –7477116

## Perhatian: Semua Kertas Cadangan Hendaklah dalam Bahasa Melayu ##

 

 

 

 

muat turun versi PDF

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 November 2017, 15:02:52.

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan