Khamis, 27 Julai 2017 [11:56:32AM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

Sejarah

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sekarang 
 
Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat  DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh  "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna  "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang"  yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).
 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Tahun 1954) Padang Gimlette
(Kawasan Bangunan MARA sekarang) 
 
Di awal  pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai  "Opis Pohon Celagi".  Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
 
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
 
 
 
 
 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Khamis 27 Julai 2017, 11:01:12.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan