27 Januari 2019 (Ahad) – YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah hadir merasmikan Majlis tilawah al-Quran peringkat Jajahan Tumpat bagi tahun 1440H/2019M yang berlangsung semalam di Masjid Nurul Hidayah, Mukim Gerong, Sungai Pinang, Tumpat. Sejurus merasmikan majlis, YAB MB turut hadiah kepada semua peserta tilawah termasuk johan qari yang telah disandang oleh Encik Husin Al Shukri bin Abdul Rahman dan johan qariah yang disandang oleh Puan Che Minah binti Awang. Kedua-dua johan qari dan qariah yang akan mewakili Jajahan Tumpat ke peringkat Negeri Kelantan berkesempatan memperdengarkan bacaan al-Quran sekali lagi
|
![]() |
|
![]() |
![]() |