Sabtu, 20 Oktober 2018 [11:46:47PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN MENDAPAT 5 BINTANG PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS TAHUN 2017

Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Tarikh : 21 Muharram 1440H Bersamaan 1 Oktober 2018 (Isnin)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah diberi pengiktirafan 5 bintang bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan pencapaian 100% selama dua (2) tahun berturut-turut sejak 2016 dan pencapaian 5 bintang selama tiga (3) tahun berturut-turut sejak tahun 2015.

Majlis pengiktirafan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 21 Muharram 1440H bersamaan dengan 1 Oktober 2018 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah hadir bagi menerima sijil pengiktirafan ini. Turut hadir di majlis tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 1 Tahun 2018 adalah YBrs. Hj Mohd Farid bin Dato’ Hj Abdul Razak, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia.

 

SUK KPI HRMIS 2017 sesi bergambar  
WhatsApp Image 2018 10 03 at 2.57.20 PM pengarah psm  

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini :19 Oktober 2018

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan