Isnin, 24 September 2018 [11:45:00PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

BENGKEL APLIKASI TEKNOLOGI REKABENTUK ELEKTRONIK

26 dan 27 Februari 2018 /10  dan 11 Jamadilakhir 1439H  (Isnin dan Selasa) 

BENGKEL APLIKASI TEKNOLOGI REKABENTUK ELEKTRONIK  (Sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi 2018)

 

Bengkel Aplikasi Teknologi Rekabentuk Elektronik telah diadakan Sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi 2018, telah diadakan pada 26 hingga 27  Februari 2018 lepas bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program yang berlangsung selama dua hari itu menggunakan khidmat tenaga pengajar daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Robotic Systems Enterprise iaitu Encik Dafizal bin Detawi sebagai penceramah.

Program ini telah dihadiri oleh 87 orang guru bagi sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan seramai enam (6) orang guru dibawah Jabatan Pendidikan Negeri telah meghadiri bengkel tersebut. Semua guru yang terlibat ialah guru Tingkatan 2 bagi mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi (RBT). Keseluruhannya ialah seramai 93 orang guru telah menghadiri bengkel tersebut. 

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada guru tentang dunia elektronik serta pengetahuan mengenai konsep digital, litar dan komponen elektronik. Program ini juga memberi pendedahan asas-asas micro controller berasaskan perkakasan Arduino. Ia juga dapar memantapkan lagi penguasaan guru untuk pengajaran aplikasi elektronik mengikut Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran.

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan