|
|
KOTA DARULNAIM:- Pada 31 Oktober 2017 bersamaan 11 Safar 1439h telah berlangsungnya Majlis Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 2017 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang telah diiringi oleh YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YM Dato’ Dr Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan),YB Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan YABhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Kelantan serta YABhg Dato’ Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Kelantan.Majlis telah dimulakan dengan Ceramah Inovasi oleh YBrs Puan Syarmila Md Salleh, Timbalan Presiden Kanan Yayasan Inovasi Malaysia (Y.I.M) sebelum diikuti dengan majlis penyampaian penghargaan kepada pemenang-pemenang Hari Inovasi 2017.
Majlis sambutan pada tahun 2017 ini merupakan salah satu majlis bagi menghargai agensi-agensi kerajaan yang menyertai program inovasi yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi tahun 2017 sebanyak empat kategori utama dalam penglibatan inovasi telah diadakan iaitu Kategori Inovasi Kewangan, Kategori Inovasi ICT, dan Kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan serta Kategori Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan. Untuk tahun ini, Rm4000.00 telah diberikan kepada johan bagi setiap kategori, Rm3000.00 kepada naib johan dan Rm1500.00 kepada tempat ketiga serta saguhati Rm500.00 kepada semua agensi yang menyertai program inovasi kali ini. Para pemenang Majlis Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 2017 :-
Kategori Inovasi Kewangan :
Bil. |
Keputusan |
Jabatan/Agensi |
Tajuk Projek |
1. |
Johan |
Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok |
Kaunter Green Lane |
2. |
Naib Johan |
Jabatan Pertanian Kelantan |
Prudent and Quality Spending |
3. |
Ketiga |
Jabatan Air Negeri Kelantan |
Pengurusan Penggunaan Kertas (Paperless) |
Kategori Inovasi ICT :
Bil. |
Keputusan |
Jabatan/Agensi |
Tajuk Projek |
1. |
Johan |
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan |
e-Zakat Payment |
2. |
Naib Johan |
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pej. SUK |
Sistem Maklumat Kehadiran Bersepadu (e-Hadir) |
3. |
Ketiga |
Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok |
Sistem Pengurusan Pelajar Latihan Industri |
Bil. |
Keputusan |
Jabatan/Agensi |
Tajuk Projek |
1. |
Johan |
Majlis Daerah Tumpat |
Whatapp Aduan |
2. |
Naib Johan |
Majlis Daerah Pasir Puteh |
Easy Tank |
3. |
Ketiga |
Majlis Daerah Kuala Krai |
Fire Detector |
Bil. |
Keputusan |
Jabatan/Agensi |
Tajuk Projek |
1. |
Johan |
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan |
Memperkasa Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan |
2. |
Naib Johan |
Pejabat Tanah dan Jajahan Machang |
Kaunter Mini Hasil PTJ Machang |
3. |
Ketiga |
Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh |
2P2B- Papan Permit Bahan Batuan |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1545