30 SEPTEMBER 2017M/09 MUHARRAM 1439H
MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DI HORMATI (D.K) KELANTAN KEHADAPAN KDYMM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
ALOR SETAR:- 30 September,9 Muharam 1439 H- YMM Dr.Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail,Pemangku Raja Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K)Kelantan Kehadapan KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Di Istana Anak Bukit.
Turut mengiringi Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato'Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz,Tengku Temenggong Kelantan,YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan,Menteri Besar Kelantan,YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,YB SS Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Ketua Istiadat Kelantan,Penglola Istana D'Raja Kelantan,serta Pegawai-pegawai Istana Kelantan.KDYMM Sultan Kedah juga berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati(DMK) Kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan.selesai Istiadat Pengurniaan.
Bahagian Pengurusan Korporat,
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1507