Isnin, 25 September 2017 [4:55:19PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017

 

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Pelayang Malaysia, Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Tumpat telah menganjurkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017 pada 24-26 Ogos 2017 (Khamis - Sabtu) bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

Sebanyak 8 buah negara dan 200 peserta kebangsaan telah mengambil bahagian dalam penganjuran pada kali ke-35 ini.

Majlis Perasmian, Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Hj Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan petugas yang sentiasa komited melaksanakan program-program bagi menarik seramai mungkin pelancong ke negeri Kelantan.

Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B) Dato’ Hj Md Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Hj Zulkifli Bin Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan,

Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, YDH DCP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan, Ketua Polis Negeri Kelantan, YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf, Ketua Jajahan Gua Musang dan dif-dif jemputan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Isnin 18 September 2017, 17:11:15.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan