Jumaat, 24 November 2017 [3:16:30PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

PROGRAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2017 PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI PADANG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

10 OGOS 2017M BERSAMAAN 17 ZULKAEDAH 1438H : PROGRAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2017 PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI PADANG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

Sempena sambutan hari kemerdekaan tahun 21017, Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk solat hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi Kota Bharu serta diadakan serentak di masjid peringkat jajahan.
 
Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, program tersebut dirancang bagi memeriahkan lagi suasana serta sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Kelantan. Katanya, pelbagai aktiviti dengan penglibatan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat.

“Menjadi harapan kita agar masyarakat dapat melahirkan rasa cinta kepada negara melalui kibaran Jalur Gemilang. Perbuatan ini merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara,” katanya pada pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Pasir Puteh hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, YB Dato’ Daud Muhammad dan anggota-anggota Exco serta wakil rakyat.

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Korporat,
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Rabu 22 November 2017, 12:04:16.

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan