Ahad, 25 Jun 2017 [4:50:33PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

KURUS PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN INTEGRITI

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Kurus Pengukuhan Dan Pemantapan Integriti pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim.  Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan Awam Kerajaan Negeri kelantan dari pelbagai jabatan.


Tujuan utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai integriti semasa melaksanakan tugas sebagai penjawat awam serta mengenalpasti kepentingan pembudayaan berintegriti dalam perkhidmatan awam dalam menjaga rahsia kerajaan demi keselamatan dan kebaikan negara.


Kurus Pengukuhan Dan Pemantapan Integriti ini telah disampaikan oleh YB. Dato’ Moh Samsudin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan dan dirasmikan oleh (Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)

Gambar Sepanjang Aktiviti Program Berlangsung

Sesi pendaftaran dan ceramah yang disampaikan oleh Dato’ Pengarah SPRM Negeri Kelantan

 

Majlis perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan

 

                   Majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Jun 2017, 11:59:58.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan