Ahad, 25 Jun 2017 [4:50:10PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN TAHUN 2017

KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN TAHUN 2017

    Kursus Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2017  telah diadakan pada 23 Mei 2017 , pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 Petang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil perlantikan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh YABhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YABrs Encik AB.Pattah Bin Hasbullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan YABrs Encik Mohd Zaki Bin Yusoff, Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus. Kursus Pemantapan Integriri Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan pada kali ini adalah anjuran Bahagian Integriti dan Tadbir Urus dan turut dibantu oleh  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Peserta kursus ini terdiri daripada pegawai-pegawai integriti jabatan/agensi negeri Kelantan yang telah dilantik oleh ketua jabatan masing-masing seramai 50 orang.

    Objektif utama Kursus Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2017 diadakan adalah untuk meningkatkan dan memantapkan lagi nilai-nilai integriti penjawat awam dalam  menegakkan prinsip integriti dan akauntabiliti ke arah mencapai satu sistem tadbir urus terbaik dan berintegriti sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 ”Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam” yang telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2013.

    Para peserta  kursus ini telah didedahkan dengan modul-modul antaranya  ialah ”Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Integriti” yang telah disampaikan oleh YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, manakala YBrs Encik Mohd Yany Bin Yusoff, Penyelaras Program Perancangan Korporat, dari Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menyampaikan modul yang bertajuk ”Integriti dan Profesionalisme” dan YABhg Dato’ Moh Samsudin Bin Yusof, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga turut berkongsi ilmu dengan tajuk ”Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi”.

    Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penutup dan penyampaian sijil perlantikan menegaskan bahawa agar semua pegawai-pegawai integriti jabatan/agensi negeri Kelantan mengambil perhatian serius dan memahami isi dan ilmu yang disampaikan.
1.    Para peserta juga diminta untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para stakeholders yang terdiri daripada orang ramai, para peniaga, pelabur, ahli-ahli pentadbiran dan sebagainya. Tahap integriti yang tinggi perlu ada pada diri setiap penjawat awam bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa cemerlang. Akhirnya rakyat akan menikmati hasil sebenar perkhidmatan berkualiti yang disampaikan oleh penjawat awam. Selain itu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan juga menyeru agar bersama-sama meningkatkan iltizam dalam memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta meningkatkan penghayatan dan pengamalan terhadap integriti, etika dan nilai -nilai murni dalam perkhidmatan masing-masing. Dalam kata-kata akhirnya, beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil perlantikan pegawai-pegawai integriti jabatan/agensi negeri Kelantan berakhir pada jam 5.15 petang dengan jayanya.


Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Perlantikan di Kursus Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2017.



Sebahagian Pegawai-pegawai Integriti Jabatan/Agensi Negeri Kelantan yang hadir ke Kursus Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2017 pada hari berkenaan.




Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sedang bersalaman dengan penceramah jemputan YBrs Encik Mohd Yany Bin Yusoff, Penyelaras Program Perancangan Korporat, dari Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Turut kelihatan bersama YABhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YABrs Encik AB.Pattah Bin Hasbullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan YABrs Encik Mohd Zaki Bin Yusoff, Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus dan YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus.


Dari kanan : YABrs Encik Mohd Zaki Bin Yusoff, Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, YABhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YABhg Dato’ Moh Samsudin Bin Yusof, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan ), YABrs Encik AB.Pattah Bin Hasbullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



Disediakan Oleh:

Bahagian Integriti dan Tadbir Urus,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.


Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Jun 2017, 11:59:58.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan