Jumaat, 21 Julai 2017 [10:31:23PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

KURSUS PENGURUSAN ASET KERAJAAN

Pada tarikh 01 hingga 02 Februari 2017, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Kerajaan bertempat di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim. Seramai 108 peserta telah menghadiri kursus yang terdiri daripada Pegawai (Aset) dan Pembantu Tadbir (Aset).

Tujuan utama kursus adalah bagi menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman kakitangan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ceramah yang disampaikan olehYBrs.Puan Norliza Bt Isa dari INTAN Kemaman, turut menekankan secara terperinci berkaitan tanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan serta menguruskan stok yang meliputi penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluran,pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Kompleks Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu, Kelantan.

 

URL eGaleri : http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1170

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Isnin 17 Julai 2017, 17:30:24.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan