Selasa, 25 April 2017 [8:28:45PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TASAWWUR ISLAM SIRI 4/2017

Program Diploma Tasawwur Islam telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 02 Oktober 2013.  Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai Agama Islam dalam Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan, membentuk pegawai yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam serta melahirkan pegawai yang bersedia untuk berubah menjadi Qudwah (role model) kepada masyarakat. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).  Program ini telah dilaksanakan pada setiap hari Khamis, jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). 

Majlis Perasmian Program Tasawwur Islam Siri 4/2017 telah dirasmikan oleh YABhg. Dato' Hj  Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)pada 26 Januari 2017 yang bertempat di Dewan Kuliah 3, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Program Tasawwur Islam Siri 4/2017 melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Guna Sama Negeri dari Gred 41 - 48. 

 

Disediakan Oleh:

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Kompleks Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu, Kelantan.

 

Url : http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1166

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Selasa 25 April 2017, 15:12:18.

Pensijilan

  

     

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan