Rabu, 20 Mac 2019 [9:38:14PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

PERASMIAN SRITI IBADURRAHMAN DI BERANGAN ADALAH SRITI YANG KE-9 DI KELANTAN DAN KE-74 DI MALAYSIA.

23hb Februari 2019, Tumpat – Hari ini YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan dijemput khas bagi merasmikan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Ibadurrahman di Taman Kota SPP Warisan Berangan Hujung. Sekolah ini telah membuat pengambilan pelajar pertamanya bagi sesi 2019 untuk murid tahun satu, dua dan tiga seramai 77 orang.

Penubuhan SRITI Ibadurrahman Ini adalah yang ke-9 di Kelantan dan merupakan sekolah yang ke 74 di seluruh Malaysia. Apa yang membezakan SRITI berbanding sekolah rendah lain ialah sistem pengajiannya yang menggunakan tiga sukatan pelajaran teras iaitu diniyyah (agama) akademik dan tahfiz.

Sukatan Tahfiz Quran Sunnah (TQS) menggunakan sistem Tahfiz Tematik, pelajar menghafaz berdasarkan tema-tema pengajaran ayat al-quran, kaedah ini baru diperkenalkan bermula 2019/2020. Para pelajar akan menghafaz lebih 1500 ayat al-Quran. Insya Allah buku dan modulnya akan dilancarkan dalam masa terdekat di dalam tahun 2019 ini.

photo 2019 02 24 16 25 04

photo 2019 02 24 16 25 01 photo 2019 02 24 16 25 07 
photo 2019 02 24 16 24 52  photo 2019 02 24 16 24 55  photo 2019 02 24 16 24 58 
   

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini : 12 Mac 2019

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan