Isnin, 21 Januari 2019 [3:43:01PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

PIAGAM PELANGGAN

 

Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan penuh amanah dan tanggungjawab sebagai peneraju pelancongan & kebudayaan di negeri kelantan akan memberikan perkhidmatan terbaik mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat - Tempat Hiburan 1998 berdasarkan kepada piagam seperti berikut:

1. Membuat Bancian Dan Menganalisa Data Kemasukan Pelancong 1 Bulan Sekali

2. Mengadakan Program Kebudayaan Dan Kesenian Di Gelanggang Seni Sebanyak 3 Kali Seminggu

3. Memproses Permohonan Penyewaan Gelanggang Seni/Led Billboard Dalam 1 Hari Waktu Bekerja.

4. Memproses Permohonan Brosur Dalam Masa 3 Hari Dari Tarikh Permohonan Diterima

FUNGSI TERAS BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

 

Mengurus dan menyelia Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Mesyuarat Exco)

• Penyediaan kertas kerja exco

• Penyediaan Minit Mesyuarat dan Agenda Mesyuarat Exco

• Penyediaan Maklumbalas terhadap keputusan exco

 

Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Kelantan

Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara

Mengurus Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri

• Mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan

• Menguruskan tuntutan perjalanan Ahli Dewan Undangan Negeri

 

FUNGSI TERAS BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT

 

 

Bahagian Pengurusan Korporat bertanggungjawab untuk meningkatkan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, memantau pengurusan aduan pelanggan dan pencapaian sasaran kerja tahunan semua jabatan/agensi kerajaan negeri, mengurus khidmat pelanggan, Hari Bertemu Pelanggan dan kajian kepuasan kepada semua agensi di Kompleks Kota Darulnaim, mengurus pemilihan warna contoh dan pencapaian piagam pelanggan bulanan semua bahagian Pejabat SUK serta menyelaras urusan sambutan pelawat luar dan negeri ke Kompleks Kota Darulnaim.

Bermula bulan Oktober tahun 2015, Bahagian ini juga berperanan membudayakan inovasi bagi Pejabat SUK dan agensi-agensi negeri Kelantan dan pelaksanaan ISO pejabat SUK Kelantan. Manakala bermula tahun 2016 bahagian ini bertanggungjawab melakukan promosi perlaksanaan EKSA Pejabat SUK dan Urusetia induk perlaksanaan EKSA DIY Negeri Kelantan

Bahagian ini juga merancang,menyelaras dan melaksanakan kursus,seminar dan bengkel berkaitan pengurusan pelanggan, pengurusan kaunter dan fotografi. Tanggungjawab bahagian ini juga meliputi penerbitan kepada portal rasmi kerajaan negeri, khidmat sistem siaraya dan fotografi disamping mengawal sedia penggunaan dan penjagaan 4 dewan utama di Kompleks Kota Darulnaim iaitu Dewan Jamuan Utama, Dewan Bunga Teratai, Bilik Gerakan Negeri  dan Bilik Mesyuarat Utama Pejabat SUK. Bahagian ini juga bertanggungjawab pada pengurusan Perpustakaan Pejabat SUK Kelantan.

 

 

Piagam Pelanggan

  1. Urusan bayaran jelas Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam tempoh tidak lebih 10 minit
  2. Urusan memproses permohonan baru Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima bergantung kepada kesediaan rumah
  3. Urusan memproses permohonan pindah milik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  4. Tindakan pengurusan aduan penyelenggaraan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan / aduan diterima.
  5. Urusan memproses permohonan kuota penjualan rumah kepada bukan Melayu oleh pemaju perumahan dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

TERAS UTAMA

 

(UMI) 

****************************************************************************************************************************************************

 Ubudiyah 

Manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat diri , tujuan hidup dan juga cara menjalani kehidupan yang lahir dari pancaran iman dan aqidah yang jelas. 

 

Mas’uliyah 

Kebertanggungjawaban (akauntabiliti), iaitu segala kerja (tanggungjawab) yang dilakukan di dunia dan akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Suatu proses khalifah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan yang berlandaskan syariat. 

 

Itqan 

Kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja, membentuk peribadi yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang terbilang dalam melaksanakan tugas. 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini : 14 Januari 2019

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan