Bahagian Pengurusan Korporat bertanggungjawab untuk meningkatkan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, memantau pengurusan aduan pelanggan dan pencapaian sasaran kerja tahunan semua jabatan/agensi kerajaan negeri, mengurus khidmat pelanggan, Hari Bertemu Pelanggan dan kajian kepuasan kepada semua agensi di Kompleks Kota Darulnaim, mengurus pemilihan warna contoh dan pencapaian piagam pelanggan bulanan semua bahagian Pejabat SUK serta menyelaras urusan sambutan pelawat luar dan negeri ke Kompleks Kota Darulnaim.
Bermula bulan Oktober tahun 2015, Bahagian ini juga berperanan membudayakan inovasi bagi Pejabat SUK dan agensi-agensi negeri Kelantan dan pelaksanaan ISO pejabat SUK Kelantan. Manakala bermula tahun 2016 bahagian ini bertanggungjawab melakukan promosi perlaksanaan EKSA Pejabat SUK dan Urusetia induk perlaksanaan EKSA DIY Negeri Kelantan
Bahagian ini juga merancang,menyelaras dan melaksanakan kursus,seminar dan bengkel berkaitan pengurusan pelanggan, pengurusan kaunter dan fotografi. Tanggungjawab bahagian ini juga meliputi penerbitan kepada portal rasmi kerajaan negeri, khidmat sistem siaraya dan fotografi disamping mengawal sedia penggunaan dan penjagaan 4 dewan utama di Kompleks Kota Darulnaim iaitu Dewan Jamuan Utama, Dewan Bunga Teratai, Bilik Gerakan Negeri dan Bilik Mesyuarat Utama Pejabat SUK. Bahagian ini juga bertanggungjawab pada pengurusan Perpustakaan Pejabat SUK Kelantan.