Ahad, 21 Januari 2018 [6:21:45PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian/ Unit : Bahagian Khidmat Pengurusan  
Ketua Bahagian/Unit :

 YBrs Haji Mohd Hariff Bin Ghazali
(Gred N52)

Ketua Penolong Setiausaha 

Telefon : 09-7481957
Faks : 09-7470890
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LATAR BELAKANG

 Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan. Bahagian ini terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu :

  • Seksyen Protokol
  • Seksyen Kewangan
  • Seksyen Pentadbiran Am
  • Seksyen Pengurusan Bangunan dan Aset

Bahagian Khidmat Pengurusan ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Gred N52), dibantu oleh Penolong Setiausaha Kewangan ( Gred N48),Penolong Setiausaha Protokol (Gred N48), Penolong Setiausaha Protokol II ( Gred 41), Penolong Setiausaha Pentadbiran  (Gred N44), Penolong  Setiausaha (Pengurusan Bangunan & Aset) ( Gred-N41), Penolong Akauntan (Gred W27) dan disokong oleh 120 kakitangan lain.

 

 VISI

"Pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah berlandaskan Islam sebagai Ad-Din."


MISI

"Menjadikan Pentadbiran Negeri Kelantan sebagai satu perkhidmatan yang unggul    berteraskan profesionalisma, integriti dan teknologi terkini"

 

FUNGSI BAHAGIAN :

Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran am dan pengurusan kewangan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan. Selain itu bahagian ini juga mempunyai fungsi-fungsi utama lain seperti:

  • Bertanggungjawab mengurus hal ehwal protokol kepada tetamu Kerajaan Negeri serta menyelia dan memantau kelancaran perjalanan Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  • Mengatur Majlis Rasmi Negeri dan Persekutuan seperti majlis penghadapan Pegawai-pegawai negeri/ persekutuan dengan pihak istana.
  • Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan bangunan, kenderaan dan semua harta kerajaan.
  • Mengurus proses-proses pelupusan aset-aset Kerajaan
  • Mengurus dan memantau urusan kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam semua urusan seperti penyediaan dokumen Pesanan Tempatan dan Inden Kerja, bayaran gaji dan elaun, penyediaan baucer bayaran, pengemaskinian buku-buku vot dan lain-lain supaya perlaksanaannya berlaku dalam tempoh yang ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN :

  • Permohonan bagi penggunaan kenderaan kerajaan dalam masa 1 hari bekerja
  • Permohonan pegawai untuk mendapatkan tempahan bilik di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur dalam masa 1 jam.
  • Penyediaan bayaran gaji dan elaun disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima tuntutan yang lengkap.
  • Penyediaan baucer bayaran tuntutan oleh pembekal disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima tuntutan yang lengkap.
  • Pengeluaran resit-resit bayaran disempurnakan dalam masa setengah jam selepas menerima bayaran.
  • Pengeluaran pesanan tempatan dan inden kerja disempurnakan dalam masa 3 hari daripada tarikh menerima permohonan yang lengkap.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Kemaskini Terakhir: Ahad 21 Januari 2018, 12:00:53.

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan