Isnin, 17 Disember 2018 [6:08:30AM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

 

Bahagian/ Unit : Bahagian Kerajaan Tempatan  
Ketua Bahagian/Unit :

 

YBrs Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh 
Gred N48 ( Memangku Gred N52)

Ketua Penolong Setiausaha 

Telefon : 09-7481957
Faks : 09-7470890
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

VISI

Mewujudkan masyarakat yang dinamik dan sejahtera melalui penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkualiti dan berkesan

 

MISI

Kearah mewujudkan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan strategik dan pembangunan berterusan serta perkhidmatan kelas pertama bagi merealisasikan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan.

 

MOTO

** SAMPAIKAN YANG TERBAIK **

 

OBJEKTIF JABATAN

1. Merancang, menganalisa  dan menyalurkan bantuan peruntukan kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan program-program berbentuk kemudahan infrastruktur dan perkhidamatan sosial secara sistematik dan berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat;

2. Membantu Pihak Berkuasa Tempatan memperkemaskan aspek pengurusan kewangan bagi menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan sebuah organisasi yang berdikari  dan berkeupayaan menjana hasil sendiri;

3. Mengemuka, mengedar dan memantau pelaksanaan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Pihak Berkuasa Tempatan supaya menepati dan selaras dengan hasrat dan tujuan dasar tersebut;

4. Merangka dan melaksanakan strategi dan program-program bagi mempertingkat dan memperkukuhkan perkhidamatan Pihak Berkuasa Tempatan kearah mewujudkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersih,indah dan selamat;

5. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Pihak  Berkuasa Tempatan yang melibatkan penyusunan semula organisasi pentadbiran seimbang dengan kehendak perkembangan semasa dan selaras dengan matlamat kerajaan Negeri dan Persekutuan;

6. Membantu merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti bagi meningkatkan sistem penyampaian (delivery system) di Pihak Berkuasa Tempatan;

7. Mengendalikan mesyuarat, seminar dan bengkel dan seumpanya yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;

8. Mengedarkan bahan-bahan bercetak berhubung Latihan Sumber Manusia dan merangka serta melaksanakan program latihan dan pendidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan kerja Pihak Berkuasa Tempatan;

9. Menyelaras dan memantau program Perlaksanaan ICT di Pihak Berkuasa Tempatan supaya selaras dengan matlamat yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

10. Membantu merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang member peluang kepada rakyat tempatan melibatkan diri dalam perlaksanaan program pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan;

11. Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;

12. Memperkemaskan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih sistematik dan seragam berdasarkan peraturan dan undang-undang yang telus, adil dan kemaskini;

13. Menyelaras dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan dengan program/ aktiviti dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan;

14. Menganalisa dan membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri/ Kerajaan Persekutuan berhubung dengan projek-projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan samada dari sumber Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri/ Persekutuan atau melalui usahasama dengan sektor swasta.  

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini :13 Disember 2018

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan