Bahagian/ Unit | : | Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan | ![]() |
Ketua Bahagian/Unit | : |
Mohd Sabilly Bin Ramli @ Annuar (Gred N48) Ketua Penolong Setiausaha |
|
Telefon | : | 09-7485534 / 09-7486652 | |
Faks | : | 09-7486652 | |
Emel | : | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | |
Media Sosial | : | https://www.facebook.com/tic.kelantan |
LATAR BELAKANG
Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan
VISI
Menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri tarikan pelancongan yang berkesan dengan memberi penumpuan khusus kepada industri pelancongan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio-ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan selaras dengan gelaran sebagai gedung budaya.
MISI
Merangka, merancang, menyusun dan menganjurkan program-program yang berkesan untuk menarik seramai mungkin pelancong domestik dan antarabangsa melalui pakej pelancongan, persembahan permainan tradisional dan seni budaya negeri Kelantan secara berterusan sepanjang tahun.
OBJEKTIF
Untuk menarik kedatangan pelancong ke Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun
Menggalakkan agar setiap pelancong menghabiskan masa lebih lama di Kelantan sekurang-kurangnya seminggu dan memastikan agar peningkatan pelancong ke Kelantan meningkat dengan anggaran paling minima 20% dalam masa 10 tahun akan datang
Mengharapkan pelancong-pelancong yang pernah ke Kelantan akan datang lagi dalam masa maksima 5 tahun
Memastikan identiti dan kebudayaan melayu harus dikekalkan dan diperindahkan agar ianya dapat diminati oleh pelancong yang datang