Isnin, 15 Oktober 2018 [9:02:55PM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

BAHAGIAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS

Bahagian/ Unit : Bahagian Integriti Dan Tadbir Urus  
Ketua Bahagian/Unit :

YBrs. Mohd Zaki Bin Yusoff

(Memangku N52)

 Pengarah Gred N48

Telefon :

09-7489957

Faks : 09-7487957
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LATAR BELAKANG BAHAGIAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS 

Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (BITU), adalah salah sebuah bahagian/unit di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 9 Ogos 2006 dengan nama asalnya Urus Setia Integriti Negeri Kelantan 

(UINK) selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 pada 23hb. April 2004 di Putrajaya dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 4 Mac 2014.  PIN antara lain adalah bertujuan untuk menyumbang kepada usaha pencapaian Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. 

Sebagaimana peranan IIM di peringkat persekutuan, maka peranan UINK ialah sebagai badan penyelaras dan pemantau pelaksanaan PIN di peringkat negeri ke arah pencapaian agenda integriti.  Walaupun pada peringkat awal penubuhannya urus setia ini berperanan sebagai penyelaras pelaksanaan agenda integriti bagi negeri Kelantan, urus setia ini kemudiannya telah diberikan tugas-tugas bagi penyelarasan dan pelaksanaan program-progran pembudayaan kualiti bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri Kelantan yang sebelumnya dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Dengan penambahan peranan ini maka struktur organisasi UINK telah berubah menjadi Urus Setia Integriti dan Kualiti Negeri Kelantan (UIKNK). 

Urus Setia ini kemudiannya telah diperkasakan skop bidang tugasnya selaras dengan agenda nasional yang menekankan kepada usaha-usaha pembudayaan inovasi dan kreativiti yang menghendaki semua agensi kerajaan mewujudkan Unit Inovasi di agensi masing-masing bagi memandu dan menyelaras program-program pembudayaan inovasi agar program-program peningkatan inovasi dan kreativiti dapat dilaksanakan secara terancang dan sistematik.  Justeru itu, pada 22 September 2010, Urus Setia ini telah diubah namanya kepada Urus Setia Integriti dan Inovasi Negeri Kelantan (UIINK). 

Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 mengenai Penubuhan Unit Integriti di semua Agensi Awam iaitu sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. 

Justeru itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 17/2015 yang bersidang pada 19 Ogos 2015 telah bersetuju meluluskan penyusunan semula Urus Setia Integriti dan Inovasi Negeri Kelantan dengan menggunakan nama baharu iaitu Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan manakala Unit Inovasi dipindahkan dan ditempatkan ke Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015.  

Penubuhan Bahagian ini juga merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan, Tatatertib dan Pematuhan. 

 

OBJEKTIF

 

  • Objektif penubuhan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 
  • Kelantan adalah untuk merancang, menyelaras dan menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah Unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif 
  • penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum. 

 

VISI

Peneraju Perkhidmatan Awam yang TERBILANG pada 2020 

 

MISI

Melahirkan Penjawat Awam  Yang Bertaraf Dunia

Memperkasakan Sistem Pengurusan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan

 

MOTO

Organisasi Bertaraf Dunia ( World Class Organization ) 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini :10 Oktober 2018

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan