Isnin, 19 Februari 2018 [9:49:19AM]
A- A A+

 Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4 Preset 5 Preset 6 Preset 7 Preset 8 Preset 9

Malam Citra Kelantan


Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Malam Citra Kelantan dan Pra-Pelancaran ‘Bikulli Surur’ Kota Bharu Bandaraya Islam 2018 pada 31 Disember 2017 (Ahad) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Malam Citra Kelantan ini menampilkan pelbagai persembahan dikir barat, nyanyian lagu rakyat, persembahan seni silat tari, permainan tradisional kertok dan rebana ubi. Malam tersebut turut diserikan dengan kemeriahan Pra-Pelancaran ‘Bikulli Surur’ Kota Bharu Bandaraya Islam 2018 yang bermaksud ‘mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Kota Bharu’.

 

Malam Citra Kelantan telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan bersama YABhg Dato’ Haji Zamri Bin Haji Ismail, Yang Dipertua MPKB-BRI dengan gimik dan perasmian logo ‘Bikulli Surur’. Turut hadir sama ialah YB Dato' Shahidani bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-Ketua Jabatan.

Malam Citra Kelantan menutup tirai dengan alunan selawat dan bacaan doa tahun baru oleh Al Fadil Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2017

 

Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017  telah disambut pada 29 November 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis ini dihadiri oleh Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, Pengurusan Tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan anggota perkhidmatan awam negeri Kelantan. Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017 ini dijayakan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus bersama dengan  Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Jabatan Perdana Menteri. Seramai 500 orang anggota perkhidmatan awam negeri Kelantan telah menghadiri majlis sambutan ini.

Antara pengisian program yang diadakan adalah forum yang bertemakan “Integriti Memperkasakan Imej Perkhidmatan Awam” di sebelah pagi dan forum Bual Bicara “Mahasiswa Berintegriti Penjana Modal Insan” bersama mahasiswa di sebelah petang. Panel jemputan pada forum tersebut ialah adalah YBhg Dato’ Akhbar Bin Satar, Presiden Transparency International Malaysia dan YBhg Dato’ Sri Zakaria Bin Haji Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia. Manakala moderator jemputan adalah YBhg Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan dan YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat SUK Kelantan. 

 Pada majlis ini juga diadakan pelancaran Go-Green sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri. Pelancaran ini adalah sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan telah mendapat penanugerahan cemerlang.  Pada majlis ini juga, YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat SUK Kelantan telah mengetuai bacaan Lafaz Ikrar Integriti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

Majlis Penganugerahan Sijil Tasawwur Islam Siri IV Tahun 2017 turut disampaikan kepada penerima sijil seramai 40 orang pegawai-pegawai  kerajaan negeri Kelantan yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

 

YB Dato’ Haji Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahu 2017

 

YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat SUK Kelantan telah mengetua bacaan Lafaz Ikrar Integriti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

 

 

Para peserta sedang menghayati Forum Integriti Bertemakan  “Integriti Memperkasakan Imej Perkhidmatan Awam”.

YBrs Encik Mohd Ridzuan Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Pejabat SUK bersama dengan Ahli Panel Jemputan YBhg Dato’ Akhbar Bin Satar (sebelah kiri) dan YBhg Dato’ Sri Zakaria Bin Haji Jaffar (sebelah kanan) menjayakan forum Bual Bicara Bersama Mahasiswa.

 

YBrs Encik Mohd Zaki Bin Yusoff, Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Pejabat SUK Kelantan sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada pada peserta forum.

 

MALAM APRESIASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

08 RABIUL’AKHIR 1439H/ 27 DISEMBER 2017

MALAM APRESIASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERTEMPAT DI DEWAN PUTRI SAADONG GRAND BALLROOM, HOTEL GRAN RIVERVIEW, KOTA BHARU YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' HAJI MOHD FAUDZI BIN HAJI CHE MAMAT, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

 

 

 

 

 

DISEDIAKAN OLEH

BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT

http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1605 

 

 

Majlis Pelancaran Hari Terbuka Amalan Baik Peraturan (GRP DAY) Negeri Kelantan

Pada 04 Disember 2017, Inisiatif bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantandan MPC telah menganjurkan Majlis Pelancaran Hari Terbuka Amalan Baik Peraturan (GRP DAY) Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.


http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1597

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN
09-748 1957  09-744 3164
portal[at]kelantan.gov.my

Tarikh Kemaskini : 15 Februari 2018

Pensijilan

  

     

Save

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan