faq hubungi maklumbalas peta

 

  

Previous Next

Sesi Peniaian Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2019

9 Safar 1441H bersamaan 8 Oktober 2019 ( Selasa )

Sesi Penilaian Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2019 telah diadakan pada  8 Oktober 2019/ 9 Safar 1441H (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik Puan Marhainis binti Jamaludin, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, UiTM Machang, En. Nik Mohd Hafiz bin Abdul Razak, Politeknik Kota Bharu, Puan Husna binti Ibrahim, Kolej Teknologi Darulnaim, En. Mohd Nazri bin Mat Husin, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan En. Mohd Fadzil Aznan bin Abdul Aziz, Majlis Daerah Dabong sebagai Panel Penilai bagi anugerah tersebut. Sebanyak 8 jabatan/agensi kerajaan Negeri Kelantan telah menyertai anugerah tersebut. Hasil penilaian, anugerah tersebut telah  dimenangi oleh JKR Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Korporat (Proses Kelulusan Bahan Secara e-Sistem( TICKMATS)) sebagai  Johan, diikuti oleh Majlis Daerah Tanah Merah (Mesin Parkir Pintar (MePP)) sebagai Naib Johan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan (Sistem MyDiary Versi 2.0) di Tempat Ketiga. 

 

Pameran Animasi Pertama dan Terbesar di Kelantan

05 June 2018

Pameran Animasi Pertama dan Terbesar di Kelantan 2 November 2018 hingga 31 Disember 2018

Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

05 June 2018

Tempat : Bilik YB Dato’ Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Masa : 11:00 pagi  Tarikh : 05 Ramadan 1439 Hijrah Bersamaan 21 Mei 2018 (Isnin) Majlis angkat...

« »

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini152
Semalam1059
Minggu ini2429
Bulan ini12888
Jumlah236042
5
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

 

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 05 November 2019, 10:25:29.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Search