| Saya
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat
dan IzinNya Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah berjaya membangunkan
laman webnya sendiri. Penubuhan lawan web ini adalah sebagi satu
usaha Jabatan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat umum tentang perhutanan
di negeri ini.
|
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang berkunjung ke halaman jabatan ini, samaada yang baru berkunjung mahupun yang telahpun berkunjung . Laman web ini hanya baru ditubuhkan pada bulan Disember 2000.. Sebagai laman yang baru tentu sekali banyak kekurangan dan pihak kami sedang berusaha bagi meningkatkan persembahan supaya mempunyai isi kandungan yang berfaedah disamping memenuhi kehendak pelayarnya.
Sebagai laman baru pihak kami sentiasa berbesar hati diatas sebarang apa-apa komen dan sumbangan yang ingin dikongsi bersama supaya mutu Homepage ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
Tujuan pembinaan
Home Page ini ialah untuk memaparkan segala ilmu dan pengetahuan
yang melibatkan sektor perhutanan di negeri agar dapat diperolehi
oleh sesiapa yang memerlukan. Akhir sekali ucapan terima kasih juga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk menjayakan
homepage ini, juga terima kasih kepada anda kerana sudi melawat home page
ini. Terima kasih. Wassalam.
Terima Kasih kerana berkunjung ke halaman ini. Semoga Allah memberkati perjalanan anda ke sini.
MASRAN BIN MD. SALLEH
Pengarah Perhutanan Negeri
Kelantan